Ahad, 13 Januari 2013

MAJLIS PECAH TANAH DEWAN TERBUKA TAMAN SEMARAK

Penduduk Taman Semarak Parit Buntar hari ini memanjatkan rasa syukur diatas pemberian bajet sebanyak RM 100'000 untuk pembinaan sebuah dewan.

Dengan kapasiti penduduk sebanyak 376 buah rumah, dewan ini amat berguna untuk seluruh penduduk di taman ini.

Wakil kepada Menteri Besar Perak yang juga merupakan pemangku Ketua Bahagian Parit Buntar, tuan haji Mohd Saleh Mad Disa menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil penduduk di kawasan tersebut.

Turut hadir ke majlis penyerahan ini adalah saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia dan wakil pegawai daerah Krian.

Dalam ucapan aluan wakil Menteri Besar beliau mengatakan bahawa taman Semarak telah merealisasikan gagasan 1 Malaysia dengan kehadiran kaum Cina dan India pada hari ini, jelas membuktikan bahawa kawasan ini telah lama mengamalkan sikap tolenransi sesama kaum.

Beliau juga mengatakan bahawa tidak lama lagi penduduk yang layak akan menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan pada bulan Februari nanti pemberian Bantuan Persekolahan 1Malaysia akan bermula.

Kawasan Parit Buntar akan menerima sebuah hospital yang akan dibina seberapa segera yang bernilai RM 200 juta, itu belum lagi termasuk bantuan bagi nelayan berjumlah RM1000 setiap orang dan melibatkan seramai 600 orang, setelah dihitung secara kasar, kawasan Parit Buntar dan Krian menerima bantuan dari kerajaan sebanyak RM 800 juta.

Ini bermakna kerajaan yang ada pada masa kini adalah kerajaan yang terbaik kerana memberikan kemudahan bagi memastikan keselesaan penduduk serta rakyat.

Beliau mengingatkan kepada para penduduk supaya tidak mendengar dakyah pembangkang yang sanggup berjanji tetapi tidak mampu ditepati seperti kerajaan Barisan Nasional, beliau juga berkata bahawa kita semua adalah orang yang akan mencorakkan kehidupan anak cucu kita dimasa hadapan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cek dan upacara pecah tanah oleh Tuan Haji Mohd Saleh bin Mad Disa disaksikan oleh semua penduduk Taman Semarak



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: