Rabu, 16 Januari 2013

POLITIK SAMSENG DI KELANTAN APA KATA PAKATAN

Semalam seorang ahli baru PPP membuat laporan polis kerana dikatakan diugut oleh beberapa orang di Kubang Kerian Kelantan.

Beliau yang sebelum ini adalah ahli PAS baru menyertai parti tersebut bersama sama dengan 200 orang lagi bekas ahli parti tersebut dihambur dengan kata kata kesat dan berunsur ugutan apa bila membawa Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff untuk berceramah.

Nampaknya ada juga kegiatan samseng di negeri serambi Mekah ni, dan selama ni pakatan rakyat mengatakan bahawa UMNO adalah parti politik samseng sebenarnya hanyalah mainan semata mata.

Kejadian ini adalah bukti dimana kegiatan mereka yang sebenarnya mirip kepada samseng hingga sanggup melakukan sebegitu hanya kerana keluar parti dan menyertai komponen Barisan Nasional.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: