Ahad, 20 Januari 2013
ARTIS PAS MULA GUSAR KERANA ADA SAINGAN
Lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah pada Sabtu menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini sudah pasti akan menjadi kerunsingan kepada artis artis yang menyertai PAS dan PAS pula mengharapkan bahawa dengan kebanjiran mereka menambah populariti parti itu namun ianya dinafikan oleh artis artis Sabah.
Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.
Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah sebagai badan antara artis dan kerajaan, akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.
Beliau berkata sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanah air, sekretariat itu akan berusaha membabitkan penyertaan seberapa ramai penggiat seni dan artis dalam pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.
Mereka akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima

