Jumaat, 25 Januari 2013

RAFIZI BUKAN LAGI PILIHAN UTAMA

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman keatas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Lagi sekali Rafizi buat hal, sekarang tanggung la, asyik kena saman jelah pengarah strategi ni sampai Anwar pun dah nak naik meluat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: