Rabu, 9 Januari 2013

PANDAI GUAN ENG TUTUP CERITA

Lim Guan Eng cukup bijak memainkan peranan dalam melencongkan satu isu besar sekiranya ia membabitkan pemimpin dalam DAP.

Dalam kehangatan cerita tanah ribuan ekar di Kelantan yang dikatakan diberi oleh kerajaan negeri itu kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kok Meng, beliau menaikkan isu tentang perkataan Allah yang dikatakan oleh beliau sepatutnya digunakan dalam kitab bible bahasa melayu.

Cuba kita sorot kembali, kini sudah agak menyepi cerita tanah tersebut dan ahli ahli PAS begitu kuat mempertahankan apa yang di katakan oleh anak Lim Kit Siang ini.

Pandai bukan beliau menyalurkan isu kepada isu lain yang membuatkan melayu sama melayu bertelagah dalam mempersoalkan perkataan Allah ini?

Kita semua perlu sedar bahawa memang DAP pakar dala memanipulasi sesebuah isu hingga isu itu tenggelam dan semakin dilupai, dan tidak lama lagi Sangkakala yakin bahawa beliau akan membawa isu yang lain pula tentang agama Islam dan sudah pastinya akan menjadi lagi pertelagahan antara melayu ini.

Cuma apa yang menjadi kesalan ialah masih ada lagi melayu yang mengikut telunjuk komunis ini demi untuk mencari kuasa hingga lupa dengan apa yang dialkukan oleh beliau mampu untuk memorak perandakan agama bangsa dan negara.





Tiada ulasan: