Rabu, 9 Januari 2013

MARAH KENAIKAN HARGA GULA BLOGGER DITAHAN DI HOSPITAL

Akibat pernah meluahkan rasa marah apabila harga gula dinaikkan, seorang rakan blogger Sangkakala (B****P******) dimasukkan ke hospital hari ini kerana disyaki menghidapi penyakit diabetis.

Dalam mesej BlackBerry yang dihantar oleh beliau kepada Sangkakala, beliau merasa amat kesal kerana pernah memarahi kerajaan yang menaikkan harga gula namun kini beliau percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih memikirkan kesihatan rakyat.

Beliau juga mengingatkan kepada semua rakan rakan bahawa setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan itu mempunyai sebab dan telah dikaji kebaikannya dan apa yang terjadi kepada beliau pada hari ini adalah satu pengajaran kepada beliau.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: