Rabu, 2 Januari 2013

BEKAS ANGGOTA MAJLIS SYURA PAS BERTANYAKAN FATWA

Bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi yang didakwa sebagai amanat yang bertentangan dengan Islam.

Takkan le sampai nak keluarkan fatwa tentang perkara yang sudah terang macam tu agaknya.

Ahmad Awang tak baca ke amanat haji hadi tu sampai kata mufti Perak tak layak untuk membuat penilaian, adakah ulama PAS sahaja yang layak untuk membuat penilaian tentang sesuatu.

Biasanya fatwa yang dikeluarkan oleh dewan ulama PAS lebih mengelirukan lagi.

Sudah terang yang amanat tersebut membuatkan rakyat dinegara ini yang menyokong PAS melakukan pelbagai perkara diluar norma norma kehidupan sebagai Islam dan telah ramai yang mengakui bahawa mereka melakukan perkara tersebut kerana amanat haji hadi yang dibuat pada tahun 1981 itu.

Sudah sudah le PAS, jangan tegakkan benang yang basah, buat tambah dosa yang ada nanti.

Rakyat semakin celik dengan penyelindungan yang dilakukan oleh PAS selama ni.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: