live streaming / siaran langsung

Selasa, 1 Januari 2013

MELAYU BODOH YANG TAK KENAL UNTUNG

Malam tadi jadi lagi kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di masa kerajaan kita sudah berjaya dalam menjadikan negara ini aman dan damai.

Masih ada yang mengatakan bahawa pejuang pejuang berhaluan kiri sebagai wira yang mempertahankan negara dan menjadi pencetus kepada kemerdekaan tanah air.

Bendera yang di cadangkan oleh puak puak berhaluan kiri dahulu telah diterbangkan oleh orang orang yang tidak mengenal untung kerana dapat hidup dibumi bertuah ini secara aman di Dataran Merdeka semasa program di ambang tahun baru berlangsung.

Yang paling mengecewakan ialah mereka ini tergolong sebagai orang orang melayu yang mana satu masa dulu orang orang melayu ini menjadi pertahanan di barisan hadapan dalam usaha memerdekakan tanah air.

Mereka mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam mana mana parti politik tetapi mereka juga mengatakan sudah jemu mendengar hanya UMNO yang menjadi pencetus kemerdekaan.

Adakah mereka benar benar sedar apa yang telah dilakukan oleh pejuang berhaluan kiri sebenarnya? Dimana yang dikatakan pejuang berhaluan kiri ini menjadi pejuang kepada kemerdekaan?

Bagi Sangkakala yang juga meminati sejarah tanah air dan melalui penceritaan oleh arwah datuk Sangkakala, puak puak berhaluan kiri ini adalah penentang bersenjata yang begitu kejam terhadap rakyat.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memaksa rakyat menerima perjuangan mereka walau pun mereka dengan cara membunuh sesiapa sahaja yang didapati tidak mahu memberikan kerjasama kepada mereka.

Adakah mereka mereka ini layak untuk digelar sebagai pejuang? Atau perjuangan mereka ini yang sebenarnya hanyalah untuk memenuhi hasrat memerintah tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat?

Mungkin ketiga tiga pemuda seperti gambar diatas tidak merasai betapa peritnya semasa berada di zaman pemerintahan Jepun dan dizaman komunis bermaharaja lela, dan jelas sekali mereka ini adalah anak anak muda yang tidak mengenal erti perjuangan.

Mungkin juga mereka dengan begitu mudah melupakan perjuangan datuk nenek mereka dahulu yang boleh diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk' kerana nyawa di muncung senjata dalam memperjuangkan tanah air demi untuk memastikan kesejahteraan kita pada hari ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: