Selasa, 1 Januari 2013

BEKAS PEGAWAI ANGKATAN TENTERA TAK SEDAR DIRI

Beberapa anggota tentera hari ini meminta supaya Boustead Holding's BHD menghentikan urusniaga Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Salah seorang daripada mereka ini dulunya adalah pegawai yang menjawat jawatan sebagai Brigadier Jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.

Takkan seorang pegawai yang berpangkat tinggi begitu tidak mengetahui perlembagaan dan fungsi LTAT selama ini.

Sangkakala masukkan link yang membolehkan pembaca meneliti semua objektif dan fungsi LTAT selama ini.

Klik pautan dibawah untuk maklumat tentang LTAT :-

http://bit.ly/TDrvfn

Abdul Hadi (kanan) yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR.

Sangkakala rasa bekas pegawai angkatan tentera ni mungkin tidak pernah mengetahui tentang perjalanan urusniaga LTAT selama ini kerana beliau hanya tau menerima wang faedah yang disalurkan kepada beliau.

Beliau mempertikaikan suatu kenyataan yang tidak lagi dibuktikan sama ada benar atau tidak berhubung dengan urusniaga tanah yang mengatakan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak Jaikishan Astacanggih Sdn Bhd si penjual karpet penuh kontroversi ketika ini dan sebanyak RM130 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah.

Menurut kata Brigadier bersara ini lagi, ini semua akan menjejaskan pencarum dalam LTAT, tapi perlu difikirkan semula, jika LTAT tidak membuat pelaburan, mana datang sumber duit untuk LTAT membayar duit persaraan serta lain lain kemudahan kepada bekas bekas angkatan tentera yang bersara selama ni.

Mungkin kerana sudah kemaruk dengan dan dijanjikan dengan pelbagai janji janji manis, maka beliau terlupa akan jasa kerajaan dalam membela nasib para perajurit tanah air.

Ini adalah contoh mereka mereka yang boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit, sanggup menggadai maruah sebagai pejuang kerana setitis kuasa yang tiada membawa apa apa makna kepada beliau didalam perjuangan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: