Selasa, 1 Januari 2013

MUJAHID YUSOF RAWA CONTOH PAS TAKUT KEPADA PKR

Gambar diatas adalah salah seorang yang menjadi contoh dimana PAS takutkan PKR serta kepimpinan Pakatan Rakyat.

Jelas kita lihat dimana beliau berada ditempat yang sama dan berada di sebelah YB Nurul Izzah semasa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama perlu diberikan kepada semua bangsa di Malaysia.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa adalah anak kepada salah seorang pengasas PAS di Parit Buntar dan juga seorang ulama yang disegani di kawasan Parit Buntar.

Berbekalkan dengan ilmu agama yang tinggi, rata rata rakyat di Parit Buntar menyatakan kekesalan dengan tindakan beliau yang tidak langsung membantah apa yang diakatakan oleh Nurul Izzah.

Bayangkan anak seorang ulama sanggup berdiam diri demi nafsu memiliki kuasa yang sudah bersarang di dalam hati beliau.

Amat menyedihkan bila seorang yang dianggap akan membawa delegasi kewarakan orang tua beliau kini ibarat bisul mengumpul nanah dan menjadi parasit dalam agama Islam.

Ramai dikalangan yang Sangkakala soal dan tanya tentang apa yang dilakukan oleh Mujahid menyatakan bahawa mereka amat kecewa dan yang mana mengenali bapa beliau menyatakan kekesalan dengan apa yang beliau lakukan.

Ramai yang mananya dulu memberikan undi kepada beliau juga (PAS Parit Buntar) menyatakan tidak lagi mahu menyokong beliau kerana malu apabila memiliki seorang pemimpin yang sanggup melacurkan agama demi kepentingan politik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: