Isnin, 31 Disember 2012

MIMPI NGERI MUJAHID YUSOF RAWA DI PARIT BUNTAR BERMULA

Walau pun berada di dalam parlimen yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU 12, program program kerajaan terus berjalan di kawasan Parit Buntar.

Hari ini telah terbukti bahawa kerajaan Barisan Nasional telah menerima peningkatan sokongan dari rakyat disekitar Parit Buntar, sudah pasti akan menjadi satu igauan ngeri kepada ahli parlimen kawasan iaitu YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang semakin dilupakan oleh rakyat Parit Buntar yang sudah jelak dengan janji janji pembangkang sebelum PRU 12 yang lalu.

Program yang dihadiri oleh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Bahagian Parit Buntar serta kepimpinan badan bikan kerajaan disusuli pula dengan kahadiran YB Dato' Sharani Mohammad yang juga merupakan EXCO kerajaan negeri menambah keyakinan bahawa kawasan Parlimen Parit Buntar akan kembali ke tangan Barisan Nasional.

Dalam ucapan alu aluan oleh Timbalan Pengarah KEMAS negeri Perak Encik Mohd Ali Hanafiah, beliau memuji sikap penduduk di sekitar Kuala Kurau dan Parit Buntar yang tidak mengecewakan setiap kali diadakan program program kerajaan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Sharani yang sanggup datang pada malam ini untuk bersama sama dengan rakyat Parit Buntar dan Kuala Kurau.

Dalam ucapan Tuan Haji Mohd Saleh Mad Desa yang merupakan penyelaras DUN dan pemangku ketua UMNO Bahagian, beliau mengatakan bahawa setiap acara yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan luar biasa.

Beliau memaklumkan bahawa sejak pagi sudah diadakan pelbagai program dan apa yang membanggakan kata beliau, semua acara acara tersebut telah disertai oleh pelbagai kaum dan berada didalam keadaan aman dan sentosa.

Menurut beliau lagi, himpunan malam ini bukan untuk menyatakan keburukan, mendoakan kehancuran sesiapa dan mengata sesiapa, himpunan malam ini adalah untuk memanjat kesyukuran kepada Allah diatas limpah kurniaNya di sepanjang tahun 2012.

Beliau juga berkata bahawa semua yang hadir pada hari dan malam ini akan sama sama mempertahankan tanah air hingga ke titisan darah terakhir dan beliau meminta semua yang hadir pada hari ini untuk menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta YAB Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir Menteri Besar Perak.

Dalam ucapan YB Dato' Sharani pula, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis Sambutan Tahun Baru pada hari ini.

Beliau juga menyampaikan salam dari YAB Menteri Besar kepada semua yang hadir dan Menteri Besar memohon maaf kerana tidak dapat hadir bersama sama kerana beliau mesih lagi berada di Tanah Suci.

Menurut beliau, setiap sambutan tidak kira sambutan tahun baru atau hari kebangsaan akan bermula dari apa yang kita pilih pada hari ini.

Beliau juga menyeru kepada semua yang hadir dan yang tidak hadir pada malam ini untuk menjadi insan yang berhati mulia, tidak mendoakan yang bukan bukan kepada mana mana pihak, kerana menurut beliau seorang insan yang rosak hatinya rosak akan membawa kepada kemudaratan dan kecelakaan, oleh itu beliau juga meminta kepada semua rakyat di Kuala Kurau supaya menolak kepimpinan yang hatinya rosak.

Beliau juga menyeru kepada semua pengundi pengundi di Kuala Kurau dan Parit Buntar supaya mengundi calon Barisan Nasional supaya kawasan Kuala Kurau dan negara ini akan bertambah maju.

Apa macam Mujahid, ada berani ka? Haha..menempah kalah jelah PAS di Parit Buntar..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: