Isnin, 24 Disember 2012

OCCUPY DATARAN DAH MUAK DENGAN PAS

Kalau dilihat dalam gambar diatas, memag jelas bahawa mahasiswa yang kini berkumpul di Dataran Merdeka sudah mula jelak dengan perlakuan mereka (PAS) yang berpura pura.

Jika himpunan yang sama sedikit masa dahulu, ramai anak muda mahasiswa ini memberikan puji pujian kepada pembangkang, hari ini kita dapat lihat betapa mereka benci dengan parti serta kepimpinan parti tersebut.

Tapi mahasiswa ini juga perlulah sedar, bahawa selama ini mereka telah banyak dibela oleh kerajaan, dan jika mereka menuntut untuk diberikan pendidikan percuma, itu juga sebenarnya adalah pembohongan ketara yang dibuat oleh pemimpin pembangkang.

Kos pembelajaran yang mereka tanggung telah dibiayai secara pinjaman, namun seperti biasa, pinjaman harus dan perlu dibayar.

Jadi tidak ada sebab mengapa dana kenapa mereka mengatakan bahawa mereka berhak untuk mendapat pembelajaran secara percuma.

Kalau pelajar pelajar sebelum mereka dahulu begitu susah untuk masuk ke IPTA atau IPTS, kini mereka boleh dikatakan amat mudah kerana semua yuran serta bayaran kemasukan akan diberi pinjaman, jadi ianya tidak membebankan pelajar mahupun keluarga mereka.

Belajar belajarlah sama untuk mengenang jasa kerajaan yang menyediakan segala kemudahan untuk pembelajaran mahasiswa mahasiswa ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: