Ahad, 16 Disember 2012

CINTA PAS PADA DAP HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG

Hidung tak mancung pipi tersorong
sorong itu lah perumpamaan yang paling tepat buat PAS pada masa ini, seolah olah kucing jalanan yang meminta makanan, sanggup mengesel geselkan badan pada kaki manusia walaupun disepak berkali kali.

Apa maksud Sangkakala?

Cuba kita lihat insiden yang berlaku semalam semasa kongres DAP Kebangsaan yang di adakan di Pulau Pinang, kesemua calon dari kalangan orang Melayu telah kecundang kerana tidak mendapat sokongan dari perwakilan.

Ada juga yang diakatakan hanya mendapat 30 undi dan mungkin itu adalah undi perwakilan Melayu didalam kongres tersebut.

Berbeza pula dengan PAS yang terhegeh hegeh atau beriya iya mahu menunjukkan yang mereka telus dalam semua perkara termasuklah menjaga orang bukan Melayu dan bukan Islam dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.

Kenapa DHPPP ini ditubuhkan? Untuk menjaga kepentingan orang bukan Islam? Atau mereka juga dihantar oleh DAP untuk memastikan bahawa PAS tidak sewenang wenangnya melakukan sesuatu seperti menyaman atau menjatuhkan hukuman denda kepada orang bukan Islam yang melakukan kesalahan?

Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata semalam di Sinar Harian, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga.

Tugas utama DHPPP adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negara ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan, kata beliau lagi.

Menurutnya juga, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya.

Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Beliau berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertahankan tindakan MPKB itu sebagai tidak adil.

Nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DHPPP tu? Tidakkah melambangkan bahawa mereka juga rasis sama seperti DAP?

Adakah pemimpin PAS jenis manusia yang tidak tahu malu hingga 'diludah' sebegitu masih lagi mahu bekerjasama dengan DAP? Tidakkah mereka ini mempunyai perasaan cintakan bangsa langsung agaknya.

PAS perlu mengkaji semula apa kebaikan mereka bersama sama dengan DAP, jika hanya kerana tamakkan kuasa, mungkin satu kesilapan besar telah berlaku, maka ahli ahli PAS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga hak kita semua sebagai orang orang melayu dan seterusnya menjaga hak agama seperti yang dipertahankan oleh UMNO selama ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

MMI berkata...

Blog Tuan sudah pun dipautkan di blog MMI,Mohon dipautkan juga blog MMI di blog Tuan.Salam Perjuangan..

putrarahman berkata...

Blog tuan telah dipautkan ke dalam blog www.putrarahman.blogspot.com. Pohon dipautkan blog putrarahman ke dalam blog tuan.