Dakwaan pemimpin pakatan pembangkang menjelaskan hutang ahli
perniagaan, Deepak Jaikishan berjumlah RM170 juta kepada Kuwait Finance
House menimbulkan pertanyaan berhubung syarat yang dikenakan pihak
berkenaan kepada Deepak.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata,
dakwaan itu turut mencetus persoalan sama ada perkara tersebut berkait
rapat dengan permohonan keahlian Deepak dalam DAP.
Dalam hubungan itu, Lum Yong mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng menyatakan berapa lamakah hubungan sulit 'politik' yang terjalin
antara Deepak dengan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Bekas pengasas PKR itu juga mendesak Guan Eng memberitahu status Deepak dalam DAP. Apakah
Deepak akan menyertai DAP selepas hutangnya dengan Kuwait Finance House
dilangsaikan pakatan pembangkang atau keahliannya akan diterima sebelum
atau selepas pilihan raya umum akan datang.
Nampaknya penjual karpet ni sekarang dah jadi kelam kabut untuk menepis segala dakwaan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh PKR dan ini sudah pasti akan membuatkan Deepak akan pergi berhijrah ke luar negara dengan kadar segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan