Isnin, 3 Disember 2012

DAP HILANG SOKONGAN

Hancur DAP dalam PRU ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mana tidaknya, kalau dulu DAP dengan bangga mengatakan bahawa mereka mempunyai sokongan bukan sahaja dikalangan orang bukan Melayu bahkan mereka mempunyai kekuatan dengan adanya seorang Naib Pengerusi dari kalangan orang Melayu.

Namun kini, Naib Pengerusi tersebut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dulunya pernah menjawat jawatan sebagai Senator di Dewan Negara mewakili pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa DAP sememangnya tidak akan membela atau memberi kemajuan kepada negara.

Beliau juga menegaskan sekiranya rakyat negara ini menjadikan PRU sebagai eksperimen untuk menukar kerajaan akan mengundang padah yang berpanjangan. Beeliau juga berkata jika perkara tersebut berlaku di dalam negara ini maka rakyat dan negara akan mengalami kerugian dalm jangka masa panjang.

Tungku Aziz juga menegaskan supaya rakyat negara ini jangan sesekali memberi peluang atau undi kepada pembangkang kerana ianya akan membawa kehancuran kepada negara ini.

Beliau juga meminta supaya dibuktikan dimana yang dikatakan kemajuan yang telah dibawa oleh Pembangkang selama mereka memerintah di beberapa buah negeri. Beliau juga mengatakan bahawa antara perkara hebat yang telah dilakukan oleh Pembangkang ialah melakukan demonstrasi yang kononnya aman tetapi membawa kepada kejadian buruk yang telah mencalar kedaulatan negara.

Nah, kalau orang yang selama ini berjuang didalam DAP sendiri sudah mengeluarkan kenyataan sebegini, adakah melayu melayu didalam PKR atau PAS atau DAP yang masih lagi setia terhadap perjuangan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP?

Perlukan kita menggadai negara kerana dendam Lim Kit Siang yang dulunya juga cuba untuk mencetuskan huru hara semasa kejadian 13 mei?

Harap harap melayu yang ada didalam Pakatan Rakyat sedar akan perkara ini.

Tiada ulasan: