Isnin, 24 Disember 2012

DAP HINA RAJA RAJA MELAYU

Nampak sangat DAP adalah sebuah parti perkauman yang menolak sekeras kerasnya orang orang melayu di dalam negara ini.

Ini semua dapat kita saksikan apabila Karpal Singh yang merupakan pengerusi DAP menempelak dua orang pemimpin parti tersebut apa bila mereka menerima pingat kebesaran daripada Sultan atau Raja Melayu.

Dua orang yang dimaksudkan itu ialah Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak serta Datuk Teng Chang Khim yang mana kedua dua mereka mendapat gelaran tersebut pada tahun 2008 dan 2010.

Sebagai alasan, Karpal mengatakan bahawa DAP menolak penerimaan darjah kebesaran dari mana mana Sultan semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka telus dalam parti.

Tapi yang menjadi persoalannya ialah, adakah semua yang dikatakan oleh Karpal itu benar serta telus? Apa hubungkait diantara penganugerahan darjah kebesaran dengan ketelusan? Atau mungkinkah itu juga salah satu cara DAP menolak kepimpinan serta pemerintahan Raja Raja Melayu didalam tanah air?

Raja Raja Melayu memberikan pingat atau darjah kebesaran berpandukan daripada jasa yang diberikan oleh seseorang tidak mengira sama ada mereka di dalam politik kerajaan. Pembangkang, ahli korporat, bahkan ianya akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak untuk menyandang pingat atau darjah kebesaran tersebut.

Yang lebih menghairankan lagi, kenapa DAP menggariskan bahawa ahli atau pemimpin parti mereka perlu menolak semua pemberian darjah kebesaran itu jika mereka tidak menolak pemerintahan orang melayu di tanah air. Kita semua perlu fikirkan semua ini supaya menjadi renungan kita bersama.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: