live streaming / siaran langsung

Khamis, 27 Disember 2012

MENTERI JANGAN DIAM BUAT TAK TAHU PULA

PAS dah suarakan tentang penggunaan kalimah Allah dalam tidak boleh digunakan didalam Bible Bahasa Melayu kerana boleh mengakibatkan kekeliruan.

Namun apa yang Sangkakala kesalkan ialah Menteri DiJabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak mengeluarkan walau sepatah kata dalam isu ini.

Kenapa Menteri kita ni diam tak bersuara? Bukankah beliau dilantik sebagai Menteri kerana kearifan beliau dalam agama Islam.

Kalau Menteri sendiri pun asyik diam, pembangkang khusunya DAP akan terus mempermainkan sentimen agama dalam peperangan politik mereka dan sepatutnya Menteri kita ni mengeluarkan fatwa atau meminta majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang isu terbabit.

Sangkakala bukan mahu menempelak Menteri yang dimaksudkan, tapi Sangkakala lebih suka kepada memberikan nasihat agar beliau menjadi seorang pemimpin yang berani untuk menegakkan syari'at Islam agar ianya tidak dipersendakan oleh agama lain.

Islam di Malaysia hari ini memerlukan seorang Menteri yang berani dan lantang dalam mempertahankan agama persekutuan seperti kata beliau dalam sebuah rancangan di RTM tidak lama dulu.

Kalau agak agak takut untuk mempertahankan agama Islam, tidak perlulah duduk di kerusi tersebut kerana bagi Sangkakala sendiri pun, Sangkakala perlukan seorang pemimpin yang lantang sebagai pejuang laksana panglima di medan juang.

Sangkakala nasihatkan kepada Menteri ni, jangan diam berpeluk tubuh demi menjaga kesucian agama Islam di dalam negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: