Rabu, 19 Disember 2012

PAS TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI

Selepas mengeluarkan kenyataan yang dikira sebagai 'AMANAT' OLEH Tuan Guru haji Hadi pada tahun 1981, pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku kini, tambahan pula Ketua dewan Ulama PAS meminta supaya Mufti Mufti agar mendiamkan diri daripada menyampuri urusan politik yang akhirnya menerima padah apa bila orang yang diamksudkan (Tan Sri Harussani) selaku mufti kerajaan negeri Perak tampil membuat kenyataan didalam akhbar hari ini.

Beliau (Tan Sri Harussani) memberikan kenyataan dalam nada yang agak tegas bahawa beliau tidak akan berdiam diri sekiranya satu satu perkara itu melanggar hukum syarak, isu ini bermula apa bila Harussani menyatakan bahawa Hadi Awang yang kini Presiden PAS memohon maaf kepada UMNO dan rakyat Malaysia kerana bertindak mengeluarkan amanat yang telah mengkafirkan UMNO sekaligus pengikut pengikut UMNO.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dilihat menempelak PAS yang kini dilihat begitu mengikut telunjuk DAP serta lari dari matlamat asal mereka untuk menegakkan Agama Islam di negara ini.

Perkara yang paling mengecewakan rakyat Malaysia kelihatan apabila PAS melakukan solat hajat dengan mendoakan kecelakaan menimpa UMNO serta pengikut UMNO sedangkan pengikut UMNO itu sendiri adalah dari golongan orang Melayu beraga Islam.

Bukan sahaja ahli UMNO, bahkan ada diantara pengikut pengikut PAS sendiri sudah dapat merasakan bahawa parti serta kepimpinan parti tersebut sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan PAS.

Semuanya adalah gara gara amanat Haji Hadi yang terdahulu yang mana ianya masih lagi digunakan oleh pengikut pengikut tegar PAS sebagai panduan hidup mereka, ada yang sanggup melakukan akad nikah 2 kali kerana tidak yakin dengan jurunikah kerajaan, ada yang bercerai berai kerana fahaman politik yang berbeza, ada yang berimamkan dua orang imam dalam satu masjid, ada yang tidak mengaku anak, ada yang mengharamkan saudara kandung untuk datang menlawat, semuanya adalah kerana gara gara amanat tersebut.


Namun PAS dengan angkuhnya pada hari ini masih lagi mengatakan bahawa mereka adalah benar dan tidak mempunyai apa apa kesalahan serta kesilapan, dan apa bila ada ulama atau mufti membuat teguran maka mereka disuruh berdiam diri kononnya mereka ini tidak tahu akan sejarah politik tanah air.

Jika ini dibiarkan, Sangkakala yakin, sekiranya Pakatan menjadi kerajaan maka semua kata kata ulama ini tidak akan diguna pakai lagi demi kepentingan politik mereka, adakah berjaya mereka (PAS) dalam meperjuangkan agama islam sekiranya kata kata ulama ini tidak diterima dan mereka ini disuruh diam semua?

Fikir fikirkanlah dimana perjuangan PAS pada masa kini, agama bukan lagi menjadi pilihan utama PAS, tapi PAS hari ini lebih berkehendakkan kuasa dalam mencapai cita cita, tidak kira walaupun mereka terpaksa menggadai agama Islam itu sendiri demi untuk mecapai apa yang mereka hajati.

Tiada ulasan: