Sabtu, 15 Disember 2012

KARPAL FITNAH AHLI SENDIRI KERANA POPULARITI

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Dap semalam di dalam akhbar Sinar Harian ternyata hanya untuk memfitnah ahli sendiri demi populariti beliau sebagai Pengerusi parti tersebut.

Ini jelas terbukti apabila tiada sebarang kekacauan atau kekecohan akan berlaku ketika Konvensyen DAP ke-16, hari ini, seperti yang diramalkan beliau.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, jika terdapat cubaan anasir luar untuk menggulingkan perhimpunan parti tersebut, ia tidak akan berlaku.

Tegas beliau, dakwaan Karpal bahawa terdapat pihak tertentu untuk mengacau perhimpunan itu adalah tidak benar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal bahawa terdapat rancangan untuk menggulingkannya ketika konvensyen tersebut berlangsung.

Manakala Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan tiada sebarang maklumat mengenai kekacauan atau penggulingan terhadap Karpal.

Kenapa Karpal sanggup berkata demikian sedangkan ramai yang tidak tahu serta menafikan perkara tersebut? Adakah Karpal sengaja mencari populariti untuk terus memegang jawatan Pengerusi berkerusi roda DAP?

Menurut Karpal semalam di dalam akhbar Sinar semalam, beberapa ahli berjanji akan mendedahkan ‘kekotoran’ dan perkara ini dijangka dilakukan semasa sesi perbahasan perwakilan.

Macam ni punya pengerusi pun ada rupanya, disebabkan takut populariti sebagai pengerusi jatuh, maka beliau sanggup memfitnah ahli sendiri.

Tiada ulasan: