Ahad, 9 Disember 2012

PAS LARUT BERTELAGAH KERANA CALON

Gara-gara keputusan Pas Pusat yang ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dikatakan punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Namun itu adalah asam garam politik yang sebenar, Datuk Fauzi memang pandai mengambil kesempatan menggunakan kedudukan beliau sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan untuk melobi diri menjadi calon pilihanraya.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Namun ahli ahli PAS perlu melihat sejauh mana kehebatan Fauzi daalm arenaa politik, mampukah beliau membawa permasaalahan rakyat dan menyelesaikannya, kalau hanya untuk bertanding dan mencari kesenangan diri, rasanya lebih baik ahli PAS fikir fikirkan semula tindakan untuk terus menyokong kepimpinan PAS pusat yang dilihat hanya bertanding untuk memenangi kerusi dan bukannya memikirkan kesesuaian seseorang calon dikawasan tersebut.

Disini  jelas kita lihat bahawa kepimpinan PAS tidak langsung mendengar keluhan ahli diperingkat akar umbi dan tidak seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN yang sentiasa melakukan pemantauan apa yang diingini oleh ahli serta rakyat, dan tidak mustahil juga sekiranya ramai dikalangan penyokong tegar PAS kini sudah mula beralih arah menyokong Barisan Nasional.

Tiada ulasan: