Sabtu, 8 Disember 2012

SEJAK BILA KHALID SAMAD AMBIL BERAT NI


Ahli Parlimen, Khalid Abdul Samad berkata semalam bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih perlu berunding dengan penduduk tempatan berhubung cadangan membina pawagam di situ walaupun Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membantahnya.

Agak kelakar pula kenyataan Khalid kali ni, sejak bila pula Ahli Parlimen ini begitu mengambil berat tentang isu yang melibatkan rakyat dengan MBSA, atau mungkin ada sebab sebab lain hingga Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa MBSA perlu meminta pandangan serta melakukan rundingan dengan rakyat atau masyarakat sekeliling?

Nampak sangat betapa hipokritnya kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor, selama ini apa yang dilakukan oleh PBT terhadap rakyat langsung tidak diendahkan tapi apabila pilihanraya semakin hampir, mereka mula menempelak PBT dan agensi di bawah kerajaan negeri.


Tiada ulasan: