Khamis, 27 Disember 2012

NGEH DILANTIK KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT

Dalam Malaysiakini baru baru ni Tuan Ibrahim berkata bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam bible bahasa melayu takut nanti ianya mengakibatkan kekeliruan kepada rakyat.

Tapi kalau dibaca pula dalam tweet Ngeh Koo Ham (seperti gambar) jelas mengatakan bahawa PAS telah bersetuju untuk kalimah Allah digunapakai.

Yang mana satu betul ni agaknya ni?

Semua ni perlukan penjelasan daripada pucuk pimpinan PAS yang selama ni begitu lantang memperkatakan bahawa mereka berjuang ke jalan Allah dan mempertahankan agama Islam hingga ada yang sanggup berhabis nyawa kerana inginkan syahid.

Adakah dengan cara berkompromi dengan DAP yang secara terang terangan menentang Islam dan mempermainkan kalimah Allah ini juga salah satu dari perjuangan dalam PAS?

Sudah sudahlah menjadi alat tunggangan DAP wahai PAS.

Persoalan disini siapa yang mempunyai kuasa penentu dalam PAS? Adakah ianya dibuat oleh Dewan Ulama PAS atau Ngeh Koo Ham atau adakah Ngeh sudah dilantik sebagai ketua Dewan Ulama PAS Pusat? Hinggakan Ngeh boleh mengatakan bahawa PAS telah bersetuju penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam bible bahasa Melayu.

Kalau Ngeh boleh buat keputusan begitu, apa kata kalau Ngeh dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, itu lebih baik rasanya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku terbaca penjelasan yg agak baik di sini..

http://satuhala.blogspot.com/2010/01/gerhana-awal-2010.html