Selasa, 11 Disember 2012

INI BUAT SANGKAKALA MARAH DIMANA SIFAT TOLERANSI DBKL

Semua orang kenal dengan pelawak Datuk Yahya Sulong bukan? satu masa dulu yang namanya meniti dibibir semua peminat filem komedi tanah air, dikurniakan dengan gelaran Datuk tanda beliau pernah berjasa dalam industri perfileman tanah air.


Namun apa yang menyedihkan hari ini apa bila Sangkakala terbaca dalam satu blog rakan Sangkakala yang mengatakan bahawa pelakon komedi hebat ini telah dihalau keluar dari kediaman beliau di Flat Bandar Baru Sentul oleh DBKL.

Kalau ye pun kedua suami isteri, Datuk Yahya Sulong 84 dan isteri beliau Datin Alisah Ali 65 tahun tidak membayar sewa selama 8 bulan, takkan takde langsung budi bicara sampai halau warga emas ni keluar, takkan muflis DBKL kerana sewa RM 800 tu rasanya.

Kepada pihak pengurusan Sangkakala ingatkan, warga emas ini seperti ibu bapa kita, jangan ambil tindakan melulu, ramai lagi yang tertunggak sewa bulanan rumah DBKL tu. Sangkakala minta jasa baik Menteri Wilayah YBM Datuk Seri Raja Nong Chik dan Ketua UMNO bahagian Batu yang juga merupakan panel penasihat kepada DBKL untuk meninjau ninjau masalah warga emas yang tidak berkemampuan untuk membayar sewa ni.

Tiada ulasan: