Khamis, 20 Disember 2012

KHALID IBRAHIM PUCAT KETAKUTAN @nohomar

Ekoran dari perobohan sebuah Altar Hindu dalam kediaman seorang India di Sepang, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar telah dikecam hebat oleh ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deoa dan telah diberi kata dua oleh Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam sama ada selesaikan atau letak jawatan.

Khalid yang terdesak ketakutan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa tiada lagi perobohan yang akan dibuat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) selepas ini berhubung pembinaan altar Hindu di kawasan tersebut.

Tapi jika dilihat dari segi undang undang, setiap penambahan struktur atau pengubahsuaian sesebuah bangunan perlu mendapat kelulusan PBT dan sekiranya ia tidak mendapat kelulusan, maka PBT kawasan tersebut berhak untuk merobohkan struktur bangunan yang dibina.

Tapi kenapa dalam kes ini, Khalid boleh lagi bertolak ansur serta sanggup untuk berjanji bahawa perkara atau insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi, adakah ianya disebabkan oleh desakan dari kepimpinan DAP dan pemimpin ahli parlimen Kapar yang berbangsa India.

Maaf kalau ada yang menganggap kenyataan Sangkakala ini sedikit perkauman, namun bukan itu yang Sangkakala maksudkan, tapi keadilan serta undang undang perlu ditegakkan demi untuk kebaikan semua rakyat Selangor.

Sangkakala lihat seperti ada pilih kasih diantara Khalid dengan rakyat, teringat pula al-kisah bekas Exco Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat kerana mendapat tentangan dari ADUN Selangor Ronnie Liu sedikit masa dulu kan?

Adakah Khalid juga risau akan mendapat nasib yang sama sepertimana Hasan Ali terima?

Kalau dah Menteri Besar tapi tiada pendirian, lebih baik Khalid letakkan sahaja jawatan yang disandang, tiada guna menjadi ketua pentadbiran jika ada suara suara lain menjadi bayangan pemerintahan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: