Selasa, 11 Disember 2012

rRUMAH TERBAKAR TIAN CHUA LARIKAN DIRI

Dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran di Kampung Chubadak Hilir baru baru ini, sebanyak lapan buah rumah telah hangus terbakar dan dari lapan buah rumah tersebut, tujuh unit PPR telah diluluskan serta merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk diberikan kepada mangsa kebakaran.

Surat tawaran rumah tersebut telah diberikan sendiri oleh Menteri Wilayah di Sentul sehari selepas kejadian.

Walau bagaimanapun, ucapan setinggi tinggi tahniah buat Dr Dominic dari Parti Gerakan, Ketua pergerakan pemuda UMNO serta pengerusi Gerakan Belia 4B parlimen Batu yang tampil memberi bantuan awal kepada mangsa.

Mana ahli parlimen Batu? takkan lari bila pengundi menghadapi musibah sebegini, inilah mentaliti Pakatan Rakyat yang hanya tahu meraih undi tetapi tidak akan sama sekali memberi khidmat sebagai wakil rakyat.

Sekalung tahniah juga buat Ketua UMNO bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani yang turut sama hadir semasa penyerahan surat tawaran kepada mangsa.






Inilah bukti rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, janji ditepati, sama sama kita tolak pakatan dalam pilihanraya umum nanti, tumbangkan PKR di kawasan parlimen Batu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas BN..boleh menang PRU13..janji mau cantas trojan horse dalam parti..