Sabtu, 29 Disember 2012

HIMPUNAN ANAK GAGAL MAZLAN ALIMAN MENGAMUK

Dari jumlah 112,636 orang peneroka Felda di seluruh negara, hanya 1000 sahaja yang datang untuk mendesak Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi agensi tersebut.

Ini tak sampai 1% pun daripada keseluruhan peneroka di seluruh negara. Tapi itu adalah anggaran pendemo, yang sebenarnya cuma kira kira 500 org sahaja yang hadir, yang lain pula mengambil sikap berkecuali dan tidak kurang juga yang meluat dengan tindakan mereka yang berdemo semalam.

ANAK mensasarkan kehadiran hingga 30 ribu orang namun apakan daya si Mazlan yang mahu campur tangan cumalah sebegitu jumlahnya.

Rata rata yang datang ke Ibu Pejabat Felda semalam pun diyakini bukanlah anak atau peneroka Felda itu sendiri, bahkan ada satu kumpulan lagi yang datang berhimpun untuk membantah apa yang dilakukan oleh ANAK yang di kepalai oeh Mazlan Aliman si gila kuasa.

Tapi apa yang menjadi topik pada hari ini ialah apabila kumpulan tersebut menyalib patung yang diletakkan topeng Tan Sri Isa serta diarak oleh pengikut Mazlan Aliman.

Mazlan juga adalah pemimpin didalam PAS, namun adakah itu ciri ciri kepimpinan Islam hingga membawa patung tersebut untuk diarak oleh pengikut pengikut beliau?

Majoriti peneroka Felda merasakan bahawa penglibatan Tan Sri Isa didalam Felda tidak menjadi kudis kepada mereka asalkan kebajikan peneroka dititik beratkan oleh kerajaan.

Dengan menerima segala keistimewaan, peneroka Felda kini mampu untuk hidup mewah berbanding semasa mereka belum menyertai mana mana tanah rancangan Felda dahulu.

Mazlan aliman cuma menjadikan isu ini kepada isu politik demi untuk mencari undi bagi PAS dan boleh dianggap ianya hanyalah retorik PAS semata mata dalam usaha mencari kuasa.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: