Khamis, 13 Disember 2012

DEEPAK JAIKISHA DIBAYAR JUTAAN RINGGIT

klik gambar untuk video

Penjual karpet penuh kontroversi Deepak Jaikishan semalam dikatakan meledakkan lagi laman youtube dengan kenyataan beliau kepada PAStv yang mana beliau mengaitkan Perdana Menteri serta isteri dalam beberapa kes.

Tapi sejauh mana kebenaran dalam setiap apa yang dikatakan oleh beliau dalam video selama 14 minit itu tidak diketahui.

Tapi apa yang penting, sebelum ini beliau juga telah mengaitkan dan mengatakan bahawa segala kospirasi ini direka dan dibuat oleh Anwar Irahim serta kuncu kuncunya.

Selain itu, beliau juga dikatakan akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang  kawan wanita sebelum ini.

Apa yang peliknya ialah, beliau akan mula menetap di Burma tidak lama lagi, kenapa nak menetap di Burma? sedangkan dalam video yang Sangkakala tonton, beliau mengatakan bahawa beliau ingin menegakkan kebenaran tapi kenapa seolah olah cuba melarikan diri?

Adakah Deepak telah dibayar dengan wang jutaan ringgit untuk melakukan penipuan ini supaya syarikat beliau selamat dari diambil tindakan oleh Kuwait Bank And Financial yang dikatakan memberikan pinjaman kepada syarikat beliau sebanyak RM 600 juta dan ada kemungkinan syarikat beliau sudah tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran balik pinjaman itu.

Kita perlu mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan keatas Deepak bagi membongkar kebenaran seperti yang beliau katakan, tapi Sangkakala amat yakin bahawa ini semua adalah kerana politik.

Dan jangan terkejut sekiranya satu hari nanti akan ada lagi pengakuan si penjual karpet ini dan beliau akan menukar pula kenyataan sebelum ini.





Tiada ulasan: