Rabu, 12 Disember 2012

PAKATAN PERGUNAKAN WARGA EMAS DALAM ISU LYNAS

Dalam laporan Malaysiakini hari ini ada mengatakan bahawa seorang warga emas bersama dua orang rakannya telah ditahan pihak polis apabila cuba mendekati Meteri Besar Pahang di pejabat Mneteri Besar.


Ketiga tiga mereka kononnya telah menunggu Datuk Seri Adnan Yaakob sejak jam 11 pagi dan apabila Menteri Besar Pahang itu muncul mereka mendekati beliau dan meminta beliau memohon maaf kerana dikatakan telah menegeluarkan kenyataan bahawa perarakan himpunan hijau tidak berjalan sejauh 300 kilometer tapi hanya berjalan sejauh 200 meter sahaja.

Sangkakala terfikir juga, jika mereka ini berjalan sejauh 300 kilometer mengapa tidak ada walau satu pun (setahu Sangkakala) video perarakan mereka itu yang dimuat naik kedalam laman youtube seperti yang biasa dilakukan oleh penggiat media Pakatan Rakyat.

Agak musykil juga tu kan?

Namun apa yang Sangkakala nampak dalam isu ini ialah, bagaimana Pakatan Rakyat menggunakan warga emas dalam usaha mereka untuk menyalahkan kerajaan, bagi Sangkakala, nenek tua ini sudah pasti menerima hasutan atau pun wang bagi mendekati Adnan dan berpura pura untuk menuntut permohonan maaf dari Menteri Besar tersebut.

Jadi nasihat Sangkakala disini, janganlah kita biarkan orang tua kita dipergunakan oleh puak yang tidak bertanggungjawab ini semata mata untuk kepentingan politik mereka, mereka ini cukup bijak dalam memanipulasi golongan warga emas yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan luas dan pelajaran tinggi.

Tiada ulasan: