Khamis, 20 Disember 2012

LAMA AZAN MENGHILANG KINI MUNCUL SEMULA @mohdsharkar @MBPahang @SuffianAwang1

Azan yang Sangkakala maksudkan ini bukanlah azan solat seperti yang selalu kita dengar apabila masuknya waktu solat bagi umat Islam disatu satu kawasan.

Azan yang Sangkakala sebut kali ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang begitu lama menyepi, tiba tiba muncul dan memperkatakan tentang aliran wang keluar pada tahun 2010 mengigau ke Ahli Parlimen PKR ni agaknya, tak tentu pasal tiba tiba cerita pasal ekonomi.

Kemana suara Azan ini sekian lama sehinggalah sampai masa dah hampir dengan pilihanraya umum baru beliau keluar menjengah, agaknya ini yang dikatakan wakil rakyat PRU, bila dah dekat dengan tempoh mengundi barulah lantang bersuara mengeluarkan pelbagai kenyataan kononnya mereka hebat dalam memperjuangkan nasib rakyat secara umumnya.

Sangkakala sendiri pernah bertanya kepada seorang rakan yang kebetulan adalah penduduk serta pengundi di kawasan Azan Ismail, rakan Sangkakala mengakui bahawa Ahli Parlimen ini tidak menjalankan tanggungjawab dikawasan beliau di Indera Mahkota sepertimana yang diharapkan oleh rakyat.

Jadi Sangkakala rasa, Yb Azan teruskan dengan menyepikan diri, jangan nak jadi hero saat akhir.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: