Selasa, 25 Disember 2012

NGEH DAN NGA CUBA BERBOHONG LAGI

gambar hiasan
Dalam usaha kedua dua pemimpin DAP ini menutup kesalahan yang dilakukan oleh mereka, mereka sanggup utnuk melakukan apa juga termasuklah berbohong dengan mengatakan itu dan ini bagi melepaskan diri mereka dan menunjukkan bahawa mereka tidak terlibat.

Kedua dua mereka hari ini menyatakan bahawa tanah tersebut telah diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tidak ada unsur rasuah yang terlibat.

Mereka juga mengatakan bahawa Yayasan Islam Kelantan telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri dengan tanah tersebut pada ada 13 September 2000, dan pada Disember 2000, tanah itu telah diluluskan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan tetapi syarikat itu gagal berbuat demikian. Tanah itu diambil balik oleh YIK pada 18 Ogos 2004.

Kemudian YIK menganugerah tanah itu kepada Upayapadu Plantation untuk dibangunkan pada 28 Ogos 2005 dan perjanjian itu telah ditandatangani pada 3 Mei 2006, Upayapadu Plantation juga tidak berjaya membangunkan projek itu dan pemegang sahamnya memutuskan untuk menjual syarikat tersebut.

Perlu kita semua renungi ayat yang Sangkakala merahkan tu bermaksud tidak ada pembayaran dibuat kepada YIK kerana tanah tersebut DIANUGERAHKAN kepada Upayapadu. Ngeh, Nga dan lain-lain pelabur membeli syarikat itu (Upayapadu) pada April 2012.

Namun dalam satu kenyataan awal yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendedahkan bahawa Upayapadu Plantation sebelum ini dipengerusikan oleh Wong Yeon Chai - hartawan kayu di Pekan dan dikenali sebagai "Tengku Wong".

Namun kenyataan kenyataan ini bagi Sangkakala seakan tidak masuk akal, kerana kawasan tanah tersebut dikatakan adalah kawasan hutan yang kaya dengan pelbagai spesis kayu balak dan mempunyai nilai tersendiri. Sila semak harga kayu <disini>

Sangkakala cuma nak ambil harga pada purata kayu ringan iaitu sekitar RM 1000.00 bagi setiap tan padu dan adalah amat mustahil jika kawasan tersebut tidak mempunyai kayu sebanyak 5 ke 10 tan bagi setiap hektar dan ini melihatkan bahawa keuntungan yang diperolehi bagi setiap hektar dalam lingkungan RM 10'000.00.

Jika ditolak dengan kos pengeluaran kayu tersebut, ianya mungkin akan susut hingga mencapai harga RM 700.00 bagi setiap tan dan bagi setiap hektar tanah tersebut, mereka akan mendapat keuntungan sekitar RM 7000.00.

Apakah dengan nilai RM 7000.00 itu masih tidak mencukupi untuk syarikat Upayapadu Plantation SDN.BHD membangunkan kawasan tersebut?

Tambahan pula dengan penglibatan 'Tengku Wong' yang begitu terkenal dengan kepakaran dalam jualan serta pembelian kayu balak masakan Upayapadu tidak mampu untuk melakukan kerja kerja bagi membangunkan kawasan itu untuk dijadikan ladang?.

Bagi Sangkakala, Ngeh dan Nga kini sudah berada dalam keadaan yang begitu menghimpit kedudukan mereka tambahan pula mereka tidak menyatakan berapa nilai pembelian syarikat yang mempunyai aset puluhan ribu ekar tanah yang ingin dibangunkan.

Jadi kita semua perlu untuk memikirkan sama ada, ada atau tidak unsur unsur rasuah atau penyalah gunaan kuasa dalam pemilikan tanah tersebut.



Tiada ulasan: