Khamis, 27 Disember 2012

@SuffianAwang1 BUAT APA MASA BANJIR DI KUANTAN

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Dato Suffian Awang yang merupakan Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan juga EXCO Gerakan Belia 4B Malaysia yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kuantan.

Dalam kesibukan beliau menjalankan tanggungjawab di Pejabat Perdana Menteri (PMO) namun kebajikan penduduk yang ditimpa bencana banjir tetap tidak dilupakan.

Menurut seorang rakan Sangkakala yang menghantar gambar diatas, beliau turun ke kawasan banjir bersama sama pasukan penyelamat dan juga beberapa badan bukan kerajaan membantu mangsa.

Dan gambar diatas juga telah menunjukkan bahawa beliau masih lagi membantu membersihkan kawasan kediaman penduduk yang penuh dengan sampah sarap akibat bawaan banjir.

Tahniah sekali lagi Sangkakala ucapkan diatas usaha murni yang telah ditunjukkan oleh beliau dan ini adalah salah satu ciri ciri pemimpin setempat yang diperlukan oleh rakyat, sanggup bermandi peluh dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: