Khamis, 27 Disember 2012

KERAJAAN JANGAN BERTINDAK ZALIM TERHADAP WARGA EMAS

Pihak polis masih belum membuat keputusan sama ada akan mendakwa wanita warga emas Tuw Yin Lan berusia 71 tahun yang terbabit dalam 'perang mulut kata-kata kesat' dengan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob dua minggu lalu.

Bagi Sangkakala, warga emas ini tidak perlu didakwa kerana beliau hanya mendengar hasutan dari pihak tertentu dan seterusnya melakukan tindakan tersebut.

Dengan usia yang mencapai 71 tahun, sudah pasti beliau tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan setelah di hasut, maka beliau melakukan apa yang tidak sepatutnya.

Namun Sangkakala mengharapakan agar warga emas ini diberi peluang utnuk menyatakan siapakah dalang yang menghasut beliau sebelum itu.

Ini kerana, bagi Sangkakala, orang yang menghasut tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan berikutan mereka pasti akan menghasut org lain pula demi untuk mencapai agenda dan niat mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: