Khamis, 20 Disember 2012

SANGKAKALA CABAR @chegubard TUNJUKKAN BUKTI @Armand_PJU

Telah diduga bahawa kejadian pergaduhan di Sungai Petani malam semalam akan menjadi mainan oleh puak pembangkang yang sememangnya suka mempolitikkan sesuatu isu walaupun ianya tiada apa apa.

Semalam dalam portal Keadilan Daily pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui ketua penyelarasnya iaitu saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard telah menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai ejen propaganda yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum.

Boleh baca artikel fitnah dalam link dibawah
http://bit.ly/R5sqGs

Nampak sangat CheguBard ni mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan fitnah sebegitu, Sangkakala mencabar CheguBard supaya menunjukkan bukti bahawa khidmat pesanan ringkas atau SMS berantai yang dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sangkakala juga nak nasihatkan pada mantan ketua AMK tak jadi ni, kalau nak cari publisiti atau populariti, cari lah dengan jalan memberi khidmat kepada masyarakat, bukan dengan budaya fitnah yang tiada kesudahan.

Sangkakala juga teringat apabila saudara Armand telah pergi ke Bukit Aman setelah mendapat tahu bahawa si bangang CheguBard ini ingin menghantar memorandum ucapan terima kasih dan tahniah (kalau tak silap) kepada pasukan PDRM, dan disitu CheguBard telah diberi sedikit kata kata amaran supaya tidak mewujudkan api kemarahan rakyat.

Kejadian tersebut terlerai apabila pasukan Polis DiRaja Malaysia begitu bijak menangani situasi dan dengan pantas bertindak agar ianya tidak menjadi lebih parah dan berlanjutan.

Sekali lagi Sangkakala mencabar CheguBard untuk membuktikan bahawa SMS yang dihantar oleh pihak berkenaan didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: