Jumaat, 21 Disember 2012

MAZLAN ALIMAN PERLU BERTANGGUNG JAWAB @NajibRazak

Samat L Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong adalah peneroka peneroka yang telah memfailkan saman terhadap Perdana Menteri.

Pada 7 Ogos lepas, kesemua mereka yang juga peneroka felda Wilayah Jengka, Bandar Jengka, memfailkan saman itu terhadap Najib berhubung ucapannya yang didakwa mengaibkan dan menghina mereka berkenaan dengan perkataan 'Durian Runtuh'.

Bayangkan, dari pada begitu ramai peneroka Felda, hanya mereka ini sahaja yang memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, ini juga menunjukkan betapa puak Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan rakyat dalam fitnah mereka.

Merujuk kembali kisah tersebut, mereka mendakwa bahawa ucapan Perdana Menteri di hadapan lebih kurang 40,000 orang itu antara lain membawa maksud mereka adalah pengkhianat, tidak bermaruah, tidak jujur dan tidak setia dalam perjuangan.

Hanya 8 orang yang memfailkan saman, tapi diluar mahkamah pula terdapat kira kira 600 orang mewakili seluruh peneroka Felda menunggu menyokong Perdana Menteri berkumpul bermula kira-kira 8 pagi dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Kami sokong PM".

Mahkamah juga memerintahkan plaintif (peneroka) membayar RM3,000 setiap seorang kepada defendan (Perdana Menteri). Persoalannya ialah, duit 'Durian Runtuh' yang diberikan oleh Felda kepada peneroka peneroka yang memfailkan saman ini habis digunakan untuk kepuasan puak pembangkang.

Sudah sudah le jadi alat atau perkakas kepada pembangkang, tidak ada keuntungan yang mampu diberikan oleh pembangkang melainkan merugikan para peneroka, Mazlan Aliman yang beriya iya untuk menentang penyenaraian FGVH sehingga saman ini dibuat harus bertanggungjawab dan seharusnya membayar kos yang diperintahkan oleh mahkamah tersebut.


Psstt..jangan mau lari haa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: