Selasa, 25 Disember 2012

SIMPATI SIMPATI JUGA TAPI KENA TENGOK PADA TEMPATNYA

Pakatan Rakyat kononnya bersimpati dengan 37 pekerja ladang kelapa sawit Bukit Talang, Tanjung Karang yang diberhentikan kerja selepas kilang mereka ditutup.

Pengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri menggesa agar syarikat induk ladang itu, Sime Darby Berhad (SDB) menempatkan pekerja berkenaan di ladang-ladangnya yang lain bagi menjamin kelangsungan pendapatan mereka.

Pada kebiasaannya, sebuah kilang jika mahu ditutup sudah tentu akan mengeluarkan notis dan pada hemat Sangkakala paling kurang notis yang diberikan adalah selama 3 bulan.

Jadi bagaimana pihak kerajaan Pakatan Rakyat boleh mengatakan seolah olah Sime Darby bertindak menutup kilang dengan hanya memberikan notis singkat.

Lagi satu perkara yang tidak masuk akal apabila Pakatan Rakyat mengatakan pendapatan 37 orang pekerja ini rata rata adalah sekitar RM 350.00 sebulan.

Bayangkan jika selama ini mereka hanya menerima gaji sebanyak itu? Adakah mereka masih sanggup bekerja di kilang milik Sime Darby tersebut sedangkan banyak lagi peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau nak menempelak Sime Darby supaya memeriksa dulu dan jangan lah asyik nak menunding jari kepada kerajaan atau agensi kerajaan Barisan Nasional hingga lupa untuk menjadi kerajaan negeri yang profesional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: