live streaming / siaran langsung

Ahad, 23 Disember 2012

PEMIMPIN DAP TAKUT DENGAN PEREMPUAN

Kesian pula dengan pemimpin DAP ni, baru je nak jadi terlebih kaya walaupun kaya dah pulak ada perempuan yang bagi dia risau sampai berpeluh peluh.


Apa yang lebih menjadi kelakarnya pula tu ialah, pemimpin DAP yang dimaksudkan siap boleh ugut pula perempuan ni, jantan apa namanya dia ni pun tak tau lah.

Seluruh tanah air telah mengetahui tentang tanah yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan yang didedahkan oleh laman blog Pisau.net baru baru ini.

Dato Hamidah Othman mencelah untuk bertanyakan isu tanah tersebut semasa Yb Dato Khusairi membahas bajet kerajaan negeri semasa sidang DUN baru baru ini hingga membuatkan Nga Kor Ming bertindak mengugut beliau. 


Pengerusi Jawatankuasa  Industri, Pelaburan, Pembangunan  Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri itu membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
  
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa  pada kira-kira pukul 3.30  petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
  
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
  
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.







Tiada ulasan: