Jumaat, 28 Disember 2012

JACLYN VICTOR MENGUNDANG CELAKA

KLIK GAMBAR
Penyanyi yang dilahirkan melalui rancangan reality tv ini nampaknya sengaja menundang celaka apabila bersetuju untuk menyanyikan lagu yang boleh Sangkakala anggap sebagai sebuah lagu yang melampau.

Dalam keadaan negara yang dilambung dengan isu keagamaan, lagu sebegini pula yang dinyanyikan oleh beliau dan ini amatlah tidak bertepatan dengan apa yang di kehendaki oleh rakyat negara ini.

Jadi apa kata Kementerian Penerangan dalam isu sebegini? Adakah mahu berdiam diri hingga ada pula nanti orang Melayu pergi meminta penjelasan daripada Jaclyn secara bersemuka?

Jaclyn perlu bertanggung jawab dengan apa yang telah beliau lakukan, beliau juga perlu bertanggungjawab walaupun beliau nanti akan mengatakan bahawa lagu tersebut dicipta oleh orang lain dan beliau hanya menyanyikannya sahaja.

Selaku rakyat Malaysia, Jaclyn seharusnya faham dengan sensitiviti keagamaan dalam masyarakat berbilang kaum dan bukannya menyanyikan lagu semata mata untuk mendapat bayaran.

Boikot Jaclyn mungkin jalan terbaik bagi menghukum penyanyi lagu Gemilang ini.








Tiada ulasan: