Sabtu, 15 Disember 2012

PAS DAH GELABAH DENGAN DAP

PAS hari ini sekali lagi menerima tamparan hebat dari DAP apabila Pengerusi parti tersebut menyatakan pendirian menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dalam PRU13 nanti.
 
Pengerusi DAP tersebut menyatakan kenyataan ini semasa perasmian Kongres Kebangsaan DAP pada hari ini.

Semasa Muktamar PAS tidak berapa lama dahulu, ada perwakilan dari PAS menyatakan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang harus diletakkan sebagai Perdana Menteri dan mereka berkeyakinan bahawa presiden parti itu layak untu menjadi Perdana Menteri.

Dalam ucapan setiausaha Agung DAP pula, ada juga menyebut bahawa DAP akan menambah kerusi yang akan dipertandingkan di semenanjung Malaysia iaitu 3 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.

Dimana lagi PAS nak bertanding kalau dah semua tempat DAP nak sapu? Mungkin Karpal menjanjikan kerusi roda milik beliau nanti kepada Hadi Awang dan lama kelamaan PAS akan ditelan oleh gergasi gergasi yang tamak kuasa ini.

Dengan kenyataan kenyataan pemimpin DAP tersebut, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat untuk memberikan atau berkongsi kuasa dengan PAS, bahkan mereka lebih rela bersekongkol dengan Anwar dan kemungkinan besar juga, DAP sudah mempunyai senjata untuk memusnahkan Anwar jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti.

Ini perkara yang perlu kita semua fikirkan dan bukan sahaja kerana negara, tapi untuk generasi kita yang akan datang.

Tiada ulasan: