Ahad, 16 Disember 2012

PERLANTIKAN CEC DALAM DAP HANYA RETORIK

Selepas kongres DAP kebangsaan bersidang semalam, dua orang dari kalangan orang Melayu telah dilantik didalam JawatanKuasa Eksekutif pusat atau CEC.

Apa yang dapat Sangkakala katakan disini ialah, perlantikan ini hanyalah retorik semata mata kerana untuk mengaburi mata orang atau pengundi Melayu.

2 orang Melayu ini dilantik dan bukan memenangi kerusi dan ini jelas membuktikan bahawa kedua dua mereka harus akur dengan gesaan yang dilakukan oleh DAP semata mata kerana kedudukan mereka yang harus dijaga.

Kita semua juga dapat melihat bahawa, 2 orang ini bukanlah pejuang yang akan menjaga kebajikan orang Melayu walaupun Setiausaha Agung parti itu mengatakan, meraka ini dilantik berdasarkan kebolehan mereka.

Takkan Lim Guan Eng sahaja yang nampak kebolehan mereka, sedangkan yang lain lain tu tak nampak, seramai 2000 lebih perwakilan dalam kongres, namun hanya beberapa orang sahaja yang nampak semua tu? Agak mustahil juga kan?

Sangkakala menyeru kepada semua supaya jangan lagi mempercayai tindakkan DAP yang hanya mahu menggula gulakan pengundi dan mengaburi mata rakyat.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: