Sabtu, 22 Disember 2012

NIK AZIZ MAMPU ATAU TAMAK

Mursyidul Am PAS menyatakan bahawa beliau masih mampu untuk bertanding dalam pilihanraya pada PRU13 nanti untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Tapi jika kita semua fikir fikirkan semula, seseorang yang sudah mencapai usia Nik Aziz tidak akan mahu lagi berebut jawatan dan akan membiarkan golongan muda untuk bertanding bagi meneruskan perjuangan beliau.

Namun apa yang ada didalam benak Sangkakala, Nik Aziz bukanlah bertanding kerana mampu, tai beliau bertanding kerana tamakkan jawatan dan mungkin ada keinginan dunia yang belum tercapai.

Satu masa dulu, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa beliau akan berundur sekiranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri, namun perkara itu tidak terjadi kerana Tun Dr Mahathir telah sekian lama meninggalkan dunia politik seterusnya memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui pemerintahan negara.

Disini kita dapat melihat bahawa Nik Aziz bukanlah seorang yang mengotakan apa yang beliau perkata atau janjikan.

Mengikut agama Islam, seseorang yang tidak menepati janji adalah salah satu sifat orang orang munafik dan orang sebegini tidak layak untuk diangkat sebagai UlilAmri atau pemimpin.

Sudah beberapa kali kenyataan berunsur retorik 'cari makan' dikeluarkan oleh Nik Aziz dengan mengatakan beliau tidak akan lagi bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kenyataan selamat kemudian dikeluarkan dengan mengatakan bahawa akar umbi PAS tidak membenarkan beliau berbuat demikian.

Ini semua adalah satu helah yang licik dibuat oleh Nik Aziz yang mana beliau tidak akan berganjak dari kerusi Menteri Besar Kelantan semata mata ada agenda tersendiri.

Sangkakala katakan begitu apabila melihat kepada satu kes yang dibongkarkan oleh laman blog pisau.net yang mendedahkan isu pemberian tanah oleh Nik Aziz kepada semuah syarikat milikan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri itu Nga Kok Ming.

Mungkin juga PAS beranggapan bahawa Kelantan adalah negeri fix deposit bagi menjayakan rancangan rancangan politik dan negeri itu juga adalah penyumbang utama dalam membiayai politik PAS.

Apa apa pun, Sangkakala nasihatkan kepada Nik Aziz bahawa kesihatan diri beliau boleh ditarik balik pada bila bila masa dengan izin Allah dan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menahan perkara tersebut.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...Rumah kata pegi,kubur kata mari, org tua tak sedar diri...sudah cukup, cukup sudah....lg elok dia berenti dr politik, muhasabah diri, bertaubat...dah byk sgt kenyataan dia yg bersifat sesat lg menyesatkan. - Chiefbelalang

Tanpa Nama berkata...

ada 4N kafir munafik dlm politik malaysia : nga, ngeh, nizar, nik ajis......

Unknown berkata...

Bg aku apa pun tindakan,kata2 dan pa saje pon skiranya tdk bercanggah engan agama ianya harus dan di boleh kan, tk payah la ko nak memncaci dan mencerca TGNA,, dengan tdk ada alsan kukuh pon... Ko caci TGNa apa yg ko dapt,? Bg org yg cerdik menapakkan ko ni bodoh,,, bg ko ni pnulis x lain hanya atas kepentingan prut ko je,,,, aku ingat cpat2 la ko dapt hdayah dan bertobat sblum btul2 sagkakala berbunyi,,,, bg yg kata TGNA tu kafir baik ko mengucap balik,,,, ok insaf la wei