Jumaat, 28 Disember 2012

JANGAN ANGGAP MEREKA TIADA HAK

Rasanya kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PAS mungkin berfikiran bahawa kehidupan orang asli di negeri itu seperti tiada apa apa.

Banyak kawasan kawasan hutan tempat kaum asli di Kelantan mencari rezeki telah digondolkan oleh kerajaan kelantan untuk pembalakan.

Adakah hak mereka ini dinafikan oleh kerajaan Kelantan seperti mereka ini bukan rakyat dinegeri itu?

Kasihanilah mereka, hutan dengan kehidupan kaum asli memang sudah tidak dapat dipisahkan lagi, jika kerajaan Kelantan terus terusan menggondolkan hutan hutan yang ada, maka kehidupan mereka ini sedikit sebanyak akan terjejas juga.

PAS mengatakan mereka parti Islam, dan setahu Sangkakala Islam tidak menggalakkan penganutnya menganiaya sesama manusia, tapi dengan apa yang terjadi di Kelantan, jelas terbukti bahawa kaum asli ini sudah teraniaya dan dinafikan hak mereka.

Tiada ulasan: