Sabtu, 8 Disember 2012

CERAMAH PKR DI GOMBAK TIADA PERMIT PUNCA PERGADUHAN DI GOMBAK

Dalam insiden yang tercetus baru baru ini di Gombak yang melibatkan penyokong PKR dan juga penyokong UMNO dikatakan berpunca dari ketiadaan permit Perhimpunan Aman yang sepatutnya dikeluarkan oleh pihak polos.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menafikan bahawa pihak polis membenarkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat mengadakan aktiviti di kawasan berdekatan yang mencetuskan pergaduhan semasa ceramah PKR di Gombak itu.

Dalam kes yang melibatkan kecederaan dua orang penyokong Pakatan dan seorang penyokong Barisan Nasional itu, ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gombak telah tampil untuk membuat kenyataan media ikuti sidang media tersebut (klik gambar)


klik gambar



Mengikut dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Megat Zulkarnain kejadian ini berpunca dari ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di hadapan PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan ianya dijalankan semasa taklimat jentera pilihanraya yang diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Gombak, bagi Sangkakala itu adalah kawasan UMNO dan tidak sepatutnya pemimpin besar Pakatan Rakyat mengadakan ceramah dikawasan tersebut.

Ini juga adalah seperti sudah dirancang dari awal yang mana puak Pakatan Rakyat sengaja mencari masalah dengan mengadakan ceramah disitu tambahan pula kenyataan dari pihak Polis yang mengatakan bahawa tidak ada kebenaran atau permit dikeluarkan untuk mengadakan ceramah dikawasan tersebut.

Menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), kata Tun Hisan, polis tidak lagi mengawal perhimpunan kerana Seksyen 27 Akta Polis 1967 telah digantikan dengan PAA.

Tun Hisan (kanan dalam gambar dibawah) menjelaskan di bawah Seksyen 9
PAA, penganjur mana-mana perhimpunan awam bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.





Ini semua sudah menjadi kebiasaan kepada Pakatan Rakyat yang mana provokasi demi provokasi akan dibuat untuk menaikkan kemarahan bukan sahaja terhadap puak UMNO bahkan ianya juga melibatkan penduduk kampung yang kurang selesa dengan kehadiran Anwar Ibrahim  kekawasan mereka.

Sudah terbukti bahawa rakyat kini menolah kehadiran Anwar Ibrahim yang diakatakn penuh dengan tipu helah demi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hingga tergamak untuk menjadikan satu himpunan yang sepatutnya aman menjadi ganas.

Adakah ini orang yang akan membawa kepada kejayaan nagara dalam menjadikan negara ini aman dan damai seperti mana sekarang?

Tepuk dada tanyalah iman, perhimpunan BERSIH dulu juga mnejadi ganas apabila Anwar mengarahkan Azmin Ali untuk merempuh sekatan Polis hingga tercetusnya pertempuran diantar Polis dengan pengikut BERSIH yang dikatakan seperti dirasuh Syaitan. Klik gambar dibawah untuk video rusuhan.

klik gambar

 Seperti yang Sangkakala katkan tadi, Anwar Ibrahim akan berbuat apa sahaja untuk memperlihatkan kerajaan mahupun pihak keselamatan dipandang hina dan rendah oleh masyarakat luar, itulah Anwar bin Ibrahim.

Tiada ulasan: