Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu mengeluarkan kenyataan dengan menjemput seluruh rakyat yang kononnya marah dengan kerajaan supaya berhimpun di Stadium Merdeka pada 12 januari nanti.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Mohamad berkata sesiapa sahaja yang marah dengan kerajaan dijemput untuk melepaskan kemarahan mereka dengan cara aman yang demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia.
Sejak bila pula puak pembangkang ni tau tentang demoktatik atau himpunan secara aman seperti yang beliau sebutkan.
Kita dapat melihat pada himpunan BERSIH dahulu yang mana terlalu banyak kerosakan serta kerugian harta benda kerajaan mahu pun rakyat telah berlaku.
Adakah ini yang dimaksudkan sebagai himpunan aman? Lagi satu, sejauh mana mereka ini mampu untuk mengawal keadaan dan sikap pengikut mereka dalam himpunan.
Dalam himpunan BERSIH dulu, kenyataan sama telah dibuat, yang mana mereka ini mengatakan bahawa himpunan yang mereka lakukan akan berjalan dalam keadaan aman namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Kita perlu menjadikan kejadian dulu sebagai batu sempadan dan juga sebagai rujukan bagi mengekalkan keamanan, himpunan yang bakal dijalankan pada 12 januari ini perlu ditolak dan diketepikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira diperingkat mana sekali pun umur mereka.
Ayuh kita tolak himpunan 'aman' yang 'tidak aman' ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan