Rabu, 2 Januari 2013

NIK AZIZ BERANG DENGAN HADI AWANG


Mungkin melihat kepada senario dimana kebenaran telah diberi kepada Presiden PAS Datu Seri Hadi Awang untuk muncul di TV bagi memberikan penjelasan berhubung dengan isu amanat haji hadi maka Nik Aziz juga berkehendakkan begitu.

Mungkin juga Nik Aziz nak merasa menjadi glamor selepas keluar dalam tv nanti, dan sekiranya tidak mendapat sambutan sudah pastilah nanti Nik Aziz akan mengatakan bahawa kerajaan bertindak zalim terhadap mereka.

Sangkakala masih ingat lagi satu masa dulu dimana barisan Pembangkang telah mengatakan segala bagai keburukan media arus perdana yang dikatakan selalu memutar belit kenyataan mereka, dan pernah juga satu ketika dahulu, wartawan tv3 telah dihalau dari dalam sebuah ceramah yang di buat oleh Anwar Ibrahim.

Namun sekarang perkara sebaliknya telah berlaku, mereka berlumba lumba untuk menonjolkan diri didalam television.

Sama juga seperti setiap pembangunan yang ada di dalam negara, pada mulanya mereka akan menentang habis habisan, namun setelah melihat kejayaan mereka akan cuba mendapatkannya secara habis habisan.

Dah le tu Pok Nik, dah tua dah pun, tak lama mana nanti masuk tv masuk kubur pulak, bagi le orang muda peluang pula ye.




2 ulasan:

Unknown berkata...

sudah dilinkkan bos...mohon pautkan juga blog HE

http://harapan-esok.blogspot.com/

PM berkata...

sudah dipautkan blog tuan di blog PT..