Rabu, 2 Januari 2013

KESALAN DEMI KESALAN NAMUN SEMUA SUDAH TERLAMBAT

Setelah 31 tahun berlalu, namun kesan daripada apa yang dilakukan oleh haji Hadi dengan memberikan ceramah yang akhirnya diangkat sebagai amanat masih lagi terngiang ngiang di telinga dan masih ada juga yang terpahat dihati para pengikut PAS tegar.

Namun bagi yang telah pun sedar dengan perjuangan mereka yang tepesong dari landasan agam yang sebenar, mereka kini tampil untuk memberikan kesedaran kepada golongan golongan yang begitu taksub memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat khusunya PAS.

Bagi Abdul Rashid Abdul Wahab, 65, beliau sanggup melakukan apa sahaja ketika itu sehingga tergamak mengkafirkan arwah ayahnya sendiri semata-mata berpegang kepada Amanat Haji Hadi dengan harapan orang tuanya kelak akan bersama dengan Pas.

Cuba kita bayangkan apa perasaan kita jika seorang anak yang kita besarkan didik dan berikan perlindungan mengatakan kita ini kafir hanya semata mata kerana amanat yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin Islam yang boleh dikatakan mengambil tindakan lepas tangan setelah apa yang terjadi.

Abdul Rashid, juga amat yakin pada masa itu bahawa perjuangan menegak dan memenangkan Pas merupakan jihad, beliau yang merupakan bekas Ketua Ranting Duyong Besar dengan pengalaman tentera pernah seketika melatih berpuluh penyokong tegar tentang kaedah 'berperang' malah sanggup jika diminta mengajar membuat bom sekalipun ketika itu.

Masyaallah, inikah didikan Islam didalam PAS, sanggup melihat negara ini kucar kacir semata mata mahu memberi kemenangan kepada mereka dan nafsu untuk berkuasa itu mungkin sudah terlalu tebal hingga sanggup melakukan apa sahaja.

Sedih jika difikirkan nasib seorang ayah apabila dikafirkan oleh anaknya sendiri, namun siapakah yang harus kita pertanggungjawabkan dengan semua kejadian ini?

Dan yang paling penting sekali, Abdul Rahman juga mengatakan bahawa keyakinan beliau terhadap Pas terhakis apabila beliau ditahan selama beberapa minggu di lokap semasa gelora reformasi, dan tiada seorang pemimpin Pas datang menjenguk beliau atau datang membantu keluarga beliau sepanjang beliau didalam tahanan.

Jelas sudah terbukti bahawa kepimpinan PAS memang tidak akan bertanggungjawab dengan setiap apa yang dilakukan oleh pengikutnya walaupun ianya adalah dari kepimpinan itu sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

MMI berkata...

Terima kasih atas pautan , blog Tuan sudah pun dipautkan di blog MMI.Refer to list Paratroopers 2..Salam Perjuangan..