Agak kelakar juga bila Sangkakala dengar bila ada Ketua UMNO Bahagian dalam Wilayah menyerahkan kebanyakan tugasnya di bahagian kepada seorang ahli jawatankuasa lantikan.
Kalau dah tak mampu untuk menjalankan tugas atau amanah yang di pertanggungjawabkan, baik lepaskan jawatan dan berikan kepada orang yang mampu untuk menjalankan tugas tersebut.
Sangkakala juga dengar ramai dikalangan pegawai dan ahli jawatan kuasa bahagian sudah mula merungut kerana merasakan bahawa mereka kini terpaksa mengikut arahan beliau malahan setiausaha bahagian juga terpaksa menurut apa yang beliau katakan kerana diberi mandat oleh ketua bahagian.
Dikhabarkan juga ahli jawatankuasa ini pernah memegang jawatan yang agak tinggi didalam pasukan beruniform, takkan kerana pernah menyarung uniform atau pakaian seragam sudah tahu tentang semua selok belok dunia politik.
Perlu juga diingatkan bahawa peperangan dalam politik tidak sama dengan peperangan di medan perang, tapi apa yang Sangkakala tahu, tidak semua yang menyarung pakaian seragam itu pergi berperang, ada juga yang duduk untuk jaga stor dan sebagainya.
Harap harap ketua bahagian ni mengambil iktibar dan pengajaran, jika tidak dibendung maka akan menjadi masalah yang lebih rumit lagi.
Dengar khabar juga, ada ketua cawangan UMNO di bahagian tersebut sudah mula condong pendiriannya dalam perjuangan akibat dari sikap ketua bahagian ini dan mereka ini merasakan bahawa tidak guna memiliki seorang ketua jika tidak mempunyai fungsi dan segala tugas tersebut diserahkan kepada orang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
