Sudah terang lagi bersuluh, itu perumpamaan yang boleh dibuat kepada pengikut atau ahli DAP berbangsa melayu. Mereka mungki nampak apa ynag terjadi, namun untuk membantah mereka tiada kemampuan atau tidak berani.
Maklumlah, Melayu DAP hanya berani terhadap melayu di luar parti atau menjadi ahli parti lawan tetapi apabila kepincangan terjadi dalam DAP sendiri, mereka kaan berdiam diri seolah olah tikus terjumpa kucing.
Mungkin juga apa yang disarankan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada benarnya, meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat semakan semula keatas pengiraan undi yang diperolehi oleh calon melayu dalam parti tersebut.
Namun apa yang Sangkakala nampak pula ialah, kemenangan Zairil Khir Johari seolah olah dirancang demi untuk membuktikan mereka telus, dan perlu juga kita ingat bahawa Zairil adalah Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng yang mana kemungkinan besar Zairil akan menjadi pak angguk dalam DAP.
ROS perlu menjalankan sisatan atau membuat pengiraan semula atau memerintahkan supaya DAP mengadakan mesyuarat agung untuk pemilihan sekali lagi, disitu barulah akan nampak apa yang sebenarnya terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan