Isnin, 7 Januari 2013

PAS SEPAKAT DENGAN BISHOP KATHOLIK

Adalah mengejutkan juga bila Bishop Katholik Dr. Paul Tan Chee Ing mengatakan bahawa beliau lega dengan kenyataan Mat Sabu timbalan presiden PAS bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Takkan selama itu PAS sudah bersekongkol dengan pihak gereja dalam isu penggunaan nama Allah oleh penganut kristian?

Paul juga berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.

Sayang sekali apabila selama ini rupa rupanya PAS sudah pun berbincang dalam isu ini dan pengikut pengikut PAS digula gulakan oleh kata kata manis pemimpin bahaw mereka akan mempetahankan agama Islam.

Jika nama tuhan (Allah) itu sendiri pun mereka telah pergunakan untuk kuasa politik, mampukah nanti PAS mempertahankan agama Islam selepas Pakatan Rakyat memerintah?

Sangkakala tak nampak perkara ini akan berlaku, apa yang Sangkakala nampak ialah, agama islam akan dipermainkan dan mungkin akan digadai oleh para pemimpin PAS yang tamak dan gilakan kuasa.



Tiada ulasan: