Selasa, 8 Januari 2013

AMANAT HADI MASIH JADI PEGANGAN

Walaupun sudah lebih 30 tahun berlalu, amanat haji hadi masih lagi di bawa dan menjadi pegangan oleh sesetengah ahli PAS.

Menurut seorang bekas pemimpin Pemuda Pas peringkat cawangan, Ramlan Sabardin, 42, kesal dengan sikap sesetengah ahli Pas yang masih enggan menjamah makanan dimasak oleh ahli UMNO dalam majlis kenduri-kendara di kawasan ini.

Ada ahli Pas yang sanggup tidak ke masjid berdekatan walaupun terletak di sebelah rumahnya kerana imam di situ dilantik oleh kerajaan dan bukan orang Pas.
 
Ada ahli Pas yang tidak mahu menjamah haiwan yang dimasak yang disembelih oleh ahli UMNO kerana menganggapnya sebagai tidak halal.

Ini yang haji hadi kata amanat yang dikatakan oleh beliau dalam satu ceramah pada tahun 1981 dulu tidak ada kena mengena atau sudah tidak boleh di persoalkan lagi?

Haji hadi perlu bertanggungjawab dalam semua kejadian ini dan beliau sepatutnya menarik balik semula apa yang beliau ucapkan tidak kiralah ianya akan menjejaskan mana mana parti demi untuk menjaga 'aqidah para pengikut beliau yang begitu taksub dengan amanat tersebut.


Tiada ulasan: