JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

live streaming / siaran langsung

Isnin, 7 Januari 2013

TUGAS KETUA BAHAGIAN DISERAH KEPADA PENGARAH WARROOM

Agak kelakar juga bila Sangkakala dengar bila ada Ketua UMNO Bahagian dalam Wilayah menyerahkan kebanyakan tugasnya di bahagian kepada seorang ahli jawatankuasa lantikan.

Kalau dah tak mampu untuk menjalankan tugas atau amanah yang di pertanggungjawabkan, baik lepaskan jawatan dan berikan kepada orang yang mampu untuk menjalankan tugas tersebut.

Sangkakala juga dengar ramai dikalangan pegawai dan ahli jawatan kuasa bahagian sudah mula merungut kerana merasakan bahawa mereka kini terpaksa mengikut arahan beliau malahan setiausaha bahagian juga terpaksa menurut apa yang beliau katakan kerana diberi mandat oleh ketua bahagian.

Dikhabarkan juga ahli jawatankuasa ini pernah memegang jawatan yang agak tinggi didalam pasukan beruniform, takkan kerana pernah menyarung uniform atau pakaian seragam sudah tahu tentang semua selok belok dunia politik.

Perlu juga diingatkan bahawa peperangan dalam politik tidak sama dengan peperangan di medan perang, tapi apa yang Sangkakala tahu, tidak semua yang menyarung pakaian seragam itu pergi berperang, ada juga yang duduk untuk jaga stor dan sebagainya.

Harap harap ketua bahagian ni mengambil iktibar dan pengajaran, jika tidak dibendung maka akan menjadi masalah yang lebih rumit lagi.

Dengar khabar juga, ada ketua cawangan UMNO di bahagian tersebut sudah mula condong pendiriannya dalam perjuangan akibat dari sikap ketua bahagian ini dan mereka ini merasakan bahawa tidak guna memiliki seorang ketua jika tidak mempunyai fungsi dan segala tugas tersebut diserahkan kepada orang lain.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang kelakar lah.. sebab sangkakalajari9 yang tulis catatan ini adalah seorang yg bodoh.....

Tanpa Nama berkata...

Salam, saudara menulis secara serkap jarang dan tanpa fakta yang konkrit. Mungkin saudara di upah untuk mendapat laba politik berdasarkan paparan saudara. Apakah saudara ingat Jawatankuasa Bahagian tersebut begitu bodoh dan tidak berpegelaman langsung perihal politik sedangkan kebanyakan mereka berlatar belakang dalam bidang bidang profesional dan masak didalam sepak terajang di bidang politik. Kita mengukur dari segi kesetiaan, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan kepada parti dan bukan semesti wang ringgit dijadikan sandaran.

Cikgu Lin berkata...

Saudara Saangkakalajari9.

Saya tau Bahagian mana dan siapa yang anda maksudkan.

Sebagai Pemerhati Politik Tempatan, saya berkesempatan meninjau ke Parlimen Berkenaan sebelum ini malah kami berkesempatan berkursus bersama (Seluruh Cawangan)dan tindakan Ketua Bahagian ini AMAT WAJAR .... saya tak boleh nak ulas di sini sebabnya ... nama lagi "WAR ROOM" ... terlalu sulit untuk dibincangkan.

Jadi, kepada AJK Bahagian yang tak berpuashati ... muhasabah dirilah dan kita yang tak tau hujung pangkal ni ... elok diam aje.

Sekian. TQ

Cikgu Lin berkata...

Berhubung dengan Petikan di atas.

Bagaimana cara untuk selesaikan masalah di bawah ini yang bersangkutan dengan PRU 13 nanti.

Satu Cawangan mempunyai 7 Blok Rumah pangsa di mana pemilihnya hampir 4,000 (berbagai kaum).

Sudah tentu ia melibatkan WAR ROOM SECARA TOTAL yang perlu dirahsiakan dari Umum termasuk AJK Bahagian itu sendiri kerana kemungkinan ada "MUSANG BERBUKU AYAM".

Sebagai S/Usaha Bahagian ... sudah tentu banyak tugas Pentadbiran yang akan dilaksanakan sebelum dan semasa PRU nanti. Jadi, apa salahnya diagih-agihkan tugas itu.

Tiada KEPUTUSAN YANG CEMERLANG jika dilakukan SECARA RUTIN.

Sekian.